Ungkapan Be a Leader, Not a Boss
seprti yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abdul Rahman dalam
Seminar Budaya Kerja Islam, di Hotel Concorde, Shah Alam pada 25 Juali 2011
telah memperlihatkan bahawa setiap perkataan mempunyai nilai, kuasa dan
pengaruh terhadap penutur dan pendengar.
Artikel ini akan
memberikan gambaran kepada kita bahawa bahasa memiliki roh, nilai, kuasa dan ia
memberi kesan kepada penutur dan pendengar. Malah, kelemahan dalam memahami
unsur-unsur dalaman bahasa boleh menyebabkan akidah seseorang terpesong,
seperti yang dihuraikan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Bagi beliau,
bahasa bukan sekadar bahasa atau makna, tetapi ia berkait rapat dengan
pandangan hidup. Dalam konteks kesantunan bahasa menurut perspektif Islam
pula, setiap perkataan ada nilai pahala dan dosanya.
Ungkapan Be
a Leader, Not a Boss yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Haji Zaharuddin
Haji Abdul Rahman dalam Seminar Budaya Kerja Islam, di Hotel Concorde, Shah
Alam pada 25 Juali 2011 telah memperlihatkan bahawa setiap perkataan mempunyai
nilai, kuasa dan pengaruh terhadap penutur dan pendengar. Menurut beliau,
seseorang leader yang dipadankan dengan perkataan pemimpin dalam sebuah
organisasi hendaklah bersikap memimpin, dan bukannya bersikap boss.
Tambahnya lagi, boss hanya suka memerintah dan mengarah sahaja, tanpa cuba
menyelami perasaan orang bawahan atau turun melakukan kerja bersama orang
bawahan.
Sesiapa yang gemar
membaca buku sejarah, buku sains sosial, sains politik, dan sesiapa yang sering
mendengar ceramah politik, sudah pasti mereka sering menemui dan mendengar
perkataan-perkataan seperti apabila kita memeritah, pemerintah negara, zaman
pemerintahan, sistem pemerintahan, dan sebagainya. Selain itu, kita sering
mendengar definisi negara, iaitu ada golongan pemerintah dan diperintah.
Pada pendapat
penulis, perkataan pemerintah dan definisi negara itu difahami dan digantikan
dengan istilah lain kerana perkataan pemerintah berkait rapat dengan maksud
boss, seperti yang dihuraikan oleh Ustaz Dr. Haji Zaharuddin Haji Abdul Rahman.
Perbandingan boss dan pemimpin yang dibentagkan oleh Dr. Haji
Zaharuddin Abd. Rahman menunjukkan beliau sedar bahawa setiap perkataan itu
mempunyai roh, nilai dan kesan bukan sahaja kepada pendengar, malah kepada diri
penutur itu sendiri.
Jika kita mengkaji
maksud pemimpin dan pemerintah, terdapat persamaan dan perbezaan. Persamaannya
ialah kedua-dua perkataan itu berada di kedudukan tertinggi dalam sesebuah
organisasi atau ketua. Perbezaannya dapat dilihat dari segi nilai, sifat, kuasa
dan pengaruh perkataan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa perkataan
pemerintah perlu ditukar dalam konteks bernegara, khususnya dalam konteks
Malaysia.
Pertama, sesiapa
yang menganggap dirinya sebagai pemerintah, mereka akan mempunyai sikap seperti
boss, iaitu memerintah, mengarah dan mementingkan keuntungan semata-mata. Tidak
keterlaluan juga jika kita mengatakan bahawa pemerintah suka mengerah tenaga
orang bawahan tanpa belas kasihan. Maksud pemerintah bertentangan dengan konsep
negara, kerana golongan pemerintah ini terdiri daripada parti yang dipilih oleh
rakyat untuk mentadbir negara, bukannya memerintah sahaja. Mereka diberi amanah
untuk mentadbir negara ini sebaiknya, bukan menggunakan orang bawahan untuk
mengukuhkan kedudukan mereka.
Kita mengamalkan
sistem demokrasi, dari rakyat untuk rakyat. Jika diteliti secara
terpeinci tentang konsep negara, rakyatlah yang memerintah dan mengarahkan
sesebuah parti untuk mengurus dan mentadbir negara. Hal ini bersesuaian dengan
ungkapan seorang mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Ahmad Badawai, yang
mengungkapkan “pemimpin merupakan hamba rakyat”. Ungkapan ini yang paling
tepat dan perlu difahami oleh para pemimpin negara.
Selain itu,
perkataan pemerintah memberi kesan terhadap negara. Makna sebuah negara yang
kita fahami secara umum ialah negara mempunyai pemerintan dan pihak
diperintah. Dalam Perlembagaan Persekutuan, ketua utama negara ialah Yang Di
Pertuan Agong (YDPA) dan menjalankan tugas membangunkan negara. YDPA digelar
sebagai ketua, bukan pemerintah. Negara kita hanya ada raja (kerajaan) dan
rakyat. Maksudnya ialah rakyat ini beraja dan bukan mempunyai pemerintah.
Pemerintah tidak wujud dalam sebuah negara yang merdeka. Perkataan pemerintah
hanya lebih sesuai dipadankan dengan penjajah, seperti wujudnya ungkapan
pemerintah British di Tanah Melayu, Pemerintah Belanda di Indonesia dan
sebagainya.
Oleh itu, jika
perkataan pemerintah diungkapkan oleh kebanyakan pemimpin di Malaysia pada hari
ini, tidak hairanlah sikap mereka lebih dekat dengan sikap bos, iaitu suka
megarah dan mengaut keuntungan dalam apa cara sekalipun, sikap yang sentiasa
berusaha mempertahankan kedudukan mereka. Sebab itu, pada hari ini ramai
pemerintah ini didakwa pecah amanah, mengamalkan rasuah dan sebagainya kerana
menganggap diri mereka sebagai pemerintah atau boss, pemilik negara ini.
Seolah-olah harta negara ialah kepunyaan mereka.
Orang bawahan
dilihat sebagai orang suruhan mereka, manakala rakyat dianggap tidak mempunyai
kuasa atau hak untuk menumbangkannya. Maka berlakulah kekayaan yang luar biasa
dalam masa yang singkat dalam kalangan pemerintah (tidak semua, tetapi kebanyakannya
demikian). Cuba anda fikirkan apakah anda rasa apabila anda menganggap diri
anda sebagai pemerintah atau boss dan bandingkan diri anda jika anda menganggap
diri sebagai pemimpin atau khalifah di dalam sesebuah organisasi. Adakah
kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai, wibawa, kesan dan pengaruh yang sama
terhadap diri anda?
Penulis
menyarankan agar ungkapan pemerintah digantikan dengan perkataan lain.
Sebaiknya ungkapan-ungkapan dalam perenggan di atas perlu diganti dengan
ungkapan apabila kita mentadbir negara, pentadbiran negara, zaman
pentadbrian kerajaan, sistem pentadbiran, apabila kami dilantik sebagai
pemimpin/khalafiah dan sebagainya. Konsep negara juga perlu diganti dengan
golongan pentadbir dan golongan ditadbir. Ungkapan-ungkapan ini lebih
dekat dengan konsep khalifah atau pemimpin. Penulis yakin bahawa setiap
perkataan mempunyai roh, nilai, kuasa dan pengaruh yang kuat.
No comments:
Post a Comment