Tatabahasa merupakan pengetahuan atau pembelajaran tentang pembentukan perkataan dan penyusunan perkataan dalam proses pembinaan ayat. Dalam konteks ini, ada dua pecahan dalam tatabahasa, iaitu morfologi dan sintaksis. Dari segi tatatingkat kajian tatabahasa, iaitu bermula daripada morfem, perkataan, frasa, kluasa dan ayat. Morfologi merupakan kajian perkataan, yang merangkumi morfem dan kata. Sintaksis pula melibatkan kajian frasa, kluasa dan ayat.
Minggu ini, saya akan menghuraikan maksud morfologi. Morfologi ialah kajian perkataan dan perkataan itu diikaji dari sudut struktur, bentuk, dan golongan perkataan.
Kajian struktur melibatkan susunan pola suku kata atau susunan huruf dalam perkataan, bilangn pola suku kata dan jenis pola suku kata. Contohnya, perkataan /jalan/
Jika diperhatikan dari sudut struktur, perkataan /jalan/ mengandungi dua suku kata, iaitu /ja/ dan /lan/. Dari segi pola, suku kata pertama ialah suku kata terbuka kerana diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata kedua atau yang terakhir merupakan suku kata tertutup kerana ia diakhiri oleh huruf vokal.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment