BUKU SAYA

UNTUK TEMPAHAN:
SMS/WATSAPP 010-8666269

Buku ini merupakan himpunan artikel terpilih berdasarkan isu-isu semasa.  Himpunan artikel yang dipilih ini bersifat separa ilmiah dan kebanyakannya ditulis berdasarkan soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh para pelajar yang mengambil kurus bahasa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Para pelajar menimbulkan pelbagai soalan kritis yang amat sesuai untuk diketengahkan kepada masyarakat Malaysia. Selain itu, terdapat juga sebahagian artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri.

Buku ini dipecahkan kepada dua bahagian. Bahagian pertama bertemakan Falsafah dan Sistem Nilai Terhadap Penggunaan Bahasa. Bahagian ini akan memberikan konsep falsafah bahasa menurut perspektif Islam yang manjadi asas terhadap sistem penilaian dan penghuraian persoalan-persoalan bahasa. Antara persoalan yang dibangkitkan dalam bahagian ini ialah hakikat bahasa, khususnya berkaitan dengan penciptaan bahasa, fungsi dan struktur dalaman sesuatu bahasa. Sistem Nilai yang dimaksudkan dalam tajuk buku ini adalah berkaitan dengan penilaian terhadap penggunaan istilah-istilah yang dianggap tidak sesuai dengan konteks, makna dan amalannya mengikut ajaran Islam. 




UNTUK TEMPAHAN:
SMS/WATSAPP: 010-8666269


Dalam buku ini, penulis “membedah” sebuah ceramah motivasi yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi Malaysia oleh Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.  Pembedahan ceramah ini menggunakan gabungan pendekatan Barat dengan pendekatan Islam. Pendekatan Barat yang diwakili oleh model Kesantunan Grice telah menyediakan kerangka umum dalam membicarakan persoalan kesantunan bahasa dan ia tidak bertentangan dengan perspektif Islam. Namun demikian, kerangka umum yang disediakan oleh masyarakat Barat itu perlu diberikan konsep-konsep Islam, seperti yang dilakukan oleh Sanat Md. Nasir (2000) dan Noriati Abd. Rashid (2005). Dengan perkataan lain, pendekatan Barat boleh diislamkan dalam mengkaji amalan berbahasa dalam masyarakat Melayu.  Apa yang berbeza ialah masyarakat Barat tidak mengambil kira aspek ketuhahan dalam mengkaji amalan berbahasa.  

No comments:

Post a Comment