Friday, 28 August 2015

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA AKWAH


Mahasiswa KUIS agak kritis dalam mengemukakan soalan, khususnya pelajar Diploma Komunikasi Sesi 1 2015-2016. Kursus Bahasa Melayu yang ditawarkan di KUIS menerima soalan tentang hubungan bahasa Melayu dengan aktiviti dakwah. 

Persoalannya, mampukah bahasa Melayu sebagai bahasa dakwah untuk menyampaikan ilmu-ilmu tentang Islam. Sejarah Islam di Tanah Melayu telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengislamkan sebahagian besar masyarakat di Kepulauan Melayu, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama dalam menyebarkan Islam di Tanah Melayu. 

Keupayaan bahasa Melayu dalam menyebarkan Islam dapat dilihat melalui penyerapan istilah-istilah Islam. Menurut Hashim Musa, Raja Ali Haji telah menghasilkan kamus yang menyenaraikan istilah-istilah atau kata-kata kunci Islam dengan huraian makna yang terperinci. Menurutnya lagi, masyarakat Melayu akan dapat menerima dan memahami ajaran Islam sekiranya kita berpegang pada huraian makna kata-kata kunci tersebut. 

Contoh kata-kata kunci Islam, Allah, Islam, Ahmad (Muhammad), dosa dan pahala, dan sebagainya. 

Contohnya, andai kata kita memahami kata kunci "Allah" sebagai Tuhan yang maha Esa, Maha berkuasa, Pencipta sekalian alam, Maha penyayang, Maha penerima Taubat dan sebagainya, maka kita boleh memahami Islam itu dengan tepat. Dengan pengertian lain, sekiranya kita memahami huraian makna perkataan "Allah" dengan tepat, tidak ada masalah kita mempelajari Islam melalui bahasa Melayu. 

Apa yang penting ialah huraian makna terhadap istilah-istilah Islam atau kata-kata kunci Islam. Hubungan bahasa dan ilmu amat rapat. Ilmu ialah kandungan bahasa, manakala bahasa ialah alat tempat ilmu itu tersimpan. 

Jika saya bertanya kepada pelajar, apakah maksud al-Quran? 








HORMATI PENCERAMAH/PENSYARAH WALAUPUN MEMBOSANKAN


KUIS, 24 Ogos: Dalam sesi pembentangan pelajar yang bertajuk kesantunan, saya agak tertarik dengan soalan pelajar yang bertanya tentang "apakah pendengar perlu menghormati penceramah/pensyarah yang menyampaikan ceramah/kuliah yang membosankan?"


Pelajar itu bijak menjawab dengan mengemukakan sejarah umat Islam, seorang khalifah atau ilmuwan Islam, (Imam al-Ghazli) kalau tidak silap saya. Katanya, Imam al-Ghazali bertanya kepada seorang fakir miskin tentang jantina seekor kinzir, fakir miskin itupun menunjukkan cara-cara untuk melihat jantina kinzir tersebut. 

Selepas 10 tahun, Imam al-Ghazali berjumpa fakir tersebut, dan dia tetap menghormati fakir miskin itu dan menganggapnya sebagai seorang guru, walaupun fakir miskin itu hanya mengajarnya cara-cara menentukan jantina sejenis binatang. 

Maksudnya, pendengar perlu menghormati orang yang bercakap, khususnya mereka yang sedang menyampaikan ilmu pengetahuan. Pada pandangan saya, kalau agak membosankan, janganlah sampai hilang hormat kepada orang yang sedang menyampaikan ilmu tersebut. Sebab belum tentu anda boleh menyampaikan ilmu dengan berkesan di hadapan khalayak. Mungkin juga orang yang menyampaikan ilmu adalah orang baru mengajar. Berikan peluang dan tunjukkan rasa hormat kepada mereka. 

Terima kasih.