Penulis juga merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan
berkenaan dengan kewajiban membeli buku, kewajiban hadir sesuatu mesyuarat.
Penulis tidak menemui satu fatwa yang berkaitan dengan kewajiban membeli buku,
menghadiri mesyuarat dan sebagainya. Oleh itu lebih
selamat jika kita menggunakan perkataan mesti dalam hal ini kerana tidak
melibatkan hukum-hakam.
Adakah penggunaan istilah haram
dan wajib dalam bahasa Melayu tidak
membawa maksud haram seperti yang dimaksudkan oleh Islam. Bolehkan ia digunakan
dalam konteks berlainan dan apa hukumnya? Untuk memulakan artikel ini, penulis
memetik satu petikan ceramah, pada waktu sebelum solat Zohor (5 Julai 2011) di
Masjid Al-Rahman, Universiti Malaya. Ustaz tersebut berceramah tentang hukum
halal dan haram dalam Islam. Menurutnya, untuk menentukan hukum halal dan haram
hendaklah berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias”.
Katanya lagi, "menurut ilmu fiqah, sesiapa yang menghalalkan sesuatu
yang diharamkan (oleh Islam), dan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan (oleh
Islam), maka orang itu dianggap kafir. Ceramah ustaz tersebut sebagai ulasan
terhadap pengharaman perhimpunan Bersih 2.0 yang hendak dilaksanakan di ibu
negara. Tambahnya lagi, "Adalah tidak wajar sesuka hati menghalalkan dan
mengharamkan sesuatu perkara, pertubuhan, warna baju dan sebagainya tanpa
berdasarkan dalil yang disebutkan di atas”.
Dalam artikel ini, penulis hanya menumpukan perhatian terhadap penggunaan
istilah wajib dalam bahasa Melayu
yang sering kita gunakan, mendengarnya sama ada di tempat kerja atau di tempat
kita mengajar dan belajar. Contoh ayat yang selalu kita dengan ialah
1.
Pelajar diwajibkan membeli buku
ini.
2.
Mesyuarat ini wajib dihadiri
oleh semua pelajar semester satu.
3.
Kehadiran semua pensyarah
adalah wajib.
Ayat-ayat di atas sering dengar atau baca. Menurut Kamus Dewan, perkataan wajib ialah perkataan yang terdapat
dalam hukum Islam. Oleh itu, wajib
merupakan bahasa Arab dan telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Maksud wajib yang diberikan oleh kamus tersebut
ialah satu suruhan dalam Islam apabila dilaksanakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan mendapat
dosa? Kamus itu juga memadankan (menterjemahkan) perkataan
wajib dengan maksud tidak boleh tidak
dan sudah seharusnya.
Oleh itu, jika
dalam analisis semantik, ungkapan pelajar diwajibkan membeli buku ini,
mesyuarat
ini wajib dihadiri oleh semua pelajar tahun satu, kehadiran semua pensyarah
adalah wajib boleh membawa
dua maksud. Jika wajib dilihat dari
sudut Islam, maka pelajar yang tidak
membeli buku yang telah diwajibkan, pelajar dan pensyarah yang tidak hadir
setelah diwajibkan bagi mereka hadir dianggap telah melakukan dosa.
Sebaliknya, jika maksud wajib di atas merujuk pada 'tidak boleh tidak’ dan 'sudah
seharusnya’, sebagai terjemahan dalam bahasa Melayu, maka mereka tidak
dianggap telah melakukan dosa, sebaliknya dianggap sebagai telah melakukan
kesalahan atau peraturan dunia. Mungkin mereka hanya mendapat hukuman atau
denda sahaja.
Oleh itu, lebih
baik jika kita memilih perkataan mesti
bagi menggantikan perkataan wajib
dalam ketiga-tiga ayat di atas. Hal ini menimbulkan kekeliruan kerana ia
digunakan dalam dua konteks yang berlainan. Contohnya setiap pelajar mesti membeli buku ini, pelajar mesti hadir dalam
mesyuarat tersebut. Jika kita
menggunakan perkataan wajib untuk
meminta pelajar membeli buku, menghadiri kursus, atau menghadiri mesyuarat,
sedangkan tidak dalil yang sahih, bimbang hukum ini berleluasa dan boleh
mengakibatkan kekufuran kepada penuturnya.
Penulis juga merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan
kewajiban membeli buku, kewajiban hadir sesuatu mesyuarat. Penulis tidak
menemui satu fatwa yang berkaitan dengan kewajiban membeli buku, menghadiri
mesyuarat dan sebagainya. Oleh itu lebih selamat jika kita menggunakan perkataan mesti dalam hal ini kerana tidak melibatkan hukum-hakam.
Seperti yang penulis tekankan sebelum ini bahawa kita perlu berhati-hati
dalam memilih perkataan, khususnya yang berkaitakan dengan hukum Islam. Hal ini
selari dengan adab berbahasa yang dikemukakan oleh Syed Muahmmad Naquib
Al-Attas yang menyarankan agar kita mesti mengenal, mengakui dan menempatkan
sesuatu perkataan di tempat yang benar agar tidak menimbulkan kekacauan dalam
makna, bunyi dan konsep.
No comments:
Post a Comment