Dalam konteks pembentukan
Istilah, mencipta istilah baharu akan membawa pengertian, nilai, fungsi, bentuk
atau fahaman baharu. Kita dapat
perhatikan perpecahan yang berlaku dalam agama Kristian dengan adanya Kristian
Protestan dan Kristian Katolik. Kedua-dua Kristian ini bukan sahaja mempunyai
fahaman, tujuan dan matlamat yang belainan, malah kedua-duanya bertentangan
antara satu sama lain. Keadaan ini boleh berlaku kepada agama Islam sekirannya
perkataan Islam itu dirangkaikan dengan perkataan-perkataan lain, seperti Islam
Hadhari, Islam Liberal, Islam Fundamental, Islam Madani dan sebagainya.
(Abd Ganing Laengkang
Artikel ini tidak bertujuan untuk membuat perbandingan ajaran dan
fahaman agama antara Islam dengan Kristian. Penulis sama sekali tidak
mengatakan bahawa ajaran “Islam Hadhari” ini sesat atau menyimpang daripada
ajaran Islam sebenar dan tidak mengatakan bahawa “Institusi Islam Hadhari” yang
diwujudkan di Universiti Kebangsaan Malaysia berusaha untuk mewujudkan agama
baharu. Sebaliknya, penulis menghuraikan istilah-istilah di atas dari sudut
pemerhatian ahli bahasa (bahasawan), khususnya dalam proses pembentukan
Istilah.
Istilah “Islam Hadhari” diperkenalkan dan dipopularkan oleh Mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009). Ramai pihak
mendakwa “Islam Hadhari” itu sesat dan agama baharu. Penulis juga pernah terserempak dengan sebuah
buku yang bertajuk “Bukan Islam Hadhari,
tetapi Hadharah. Walaupun istilah Islam Hadhari ini tidak kedengaran lagi
akibat slogan Satu Malaysia, namun demikian penulis mendapati banyak istilah
lain yang sama kedudukan dan sifatnya dari sudut linguistik. Contohnya Islam Liberal, Islam Fandamental, Islam
Madani dan sebagainya.
Dalam konteks pembentukan istilah, mencipta istilah baharu akan membawa
pengertian, nilai, fungsi, bentuk atau fahaman baharu. Kita dapat perhatikan agama Kristian berlaku
perpecahan dan mewujudkan dua nama, iaitu Kristian
Protestan dan Kristian Katolik. Kedua-dua Kristian ini mempunyai fahaman
tersendiri, tujuan dan matlamatnya sendiri. Kedua-duanya juga bertentangan
antara satu sama lain. Perpecahan itu berpunca daripada wujudnya kumpulan dalam
agama Kristian itu sendiri. Oleh sebab ada kumpulan penentang dalam agama
Kristian, maka wujudlah Kristian Katolik dan Kristian Prostestan (protestan
bermaksud “penentang” daripada akar kata protest).
Dalam konteks penulisan ini, analoginya mudah. Jika istilah kereta
dipecahkan kepada beberapa jenis, itu tidak menjadi masalah dan itu satu bentuk
inovasi. Contohnya kereta Proton dipecahkan kepada beberapa jenis (nama),
seperti Proton Saga, Proton Wira, Proton Perdana, Proton Exora dan sebagainya.
Jenis-jenis kereta Proton ini sudah pasti mempunyai ciri-ciri tersendiri,
seperti nilai, kuasa enjn, harga,
komponen yang berlainan antara satu sama lain. Istilah kereta yang
berpecah kepada beberapa jenis ini adalah sesuatu yang sangat baik, tetapi
perpecahan istilah Islam kepada beberapa Islam itu sangat berbahaya. Hal ini
kerana jika Islam dijeniskan kepada beberapa Islam, sudah tentu jenis-jenis
Islam itu berlainan antara satu sama lain dari segi nilai, bentuk, ajaran, arah
tujuan, sebagainya. Tegasnya, pembentukan istilah Islam ini boleh menyebabkan
perpecahan Islam itu sendiri.
Pada pandangan penulis, memadai dangan perkataan Islam itu sendiri. Kita
tidak perlu merangkaikan perkataan Islam dengan perkataan-perkataan lain. Hal
ini akan mengelirukan banyak pihak, bukan hanya orang bukan Islam, malah
menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang Islam itu sendiri. Berapa banyak
Islam yang kita ada? Keadaan ini semakin
menjadi rumit apabila pemimpin-pemimpin tertinggi negara mengeluarkan
istilah-istilah baharu dalam agama. Dengan perkataan lain, apabila seorang
pemimpin mengeluarkan satu kenyataan atau istilah, maka pengikut-pengikutnya
akan dengan pantas memberikan sokongan tanpa menelitinya terlebih dahulu.
Begitu juga beberapa tahun lepas, penulis juga pernah terdengar seorang ahli
akademik mengeluarkan istilah Islam
ta’dibi. Mujur istilah itu tidak diperkenalkan dan dipopularkan dalam
bentuk kertas kerja penyelidikan. Cukuplah sekadar Institusi Islam Hadhari di
UKM. Seandainya istilah Islam Hadhari ini terus dipopularkan, sudah pasti Islam
akan mengulangi sejarah perpecahan agama Kristian.
Hal ini berlainan dengan istilah “Universiti
Islam” atau Linguistik Islam.
Kedua-dua istilah tidak menimbulkan
kekeliruan yang boleh memecahkan Islam. Istilah Universiti Islam merupakan satu keperluan untuk membezakan
universiti Islam dengan Universiti sekular. Dari segi hukum tatabahasa, universiti Islam dan Islam Hadhari berbeza dari segi hukum
D-M, diterangkan dan menerangkan. Dengan
perkataan lain, kedua-dua istilah itu berbentuk kata majmuk, tetapi berbeza
dari segi unsur yang diterangkan dan unsur yang menerangkan (Hukmum D-M).
Islam +
Hadhari
Universiti + Islam
Islam dalam istilah Islam Hadhari merupakan unsur yang
diterangkan. Ia menjadi inti utama dalam kata majmuk tersebut. Hal ini juga
boleh digambarkan dalam rajah pohon berikut:
Hadhari Hadharah Fundamental Liberal.
Unsur penerang boleh pelbagai, sama ada Hadhari, Hadharah, Fundamental, atau Liberal. Hal ini kerana dalam ilmu linguistik, khususnya dalam
bidang semantik, unsur penerang menjadi unsur pembeza. Dengan pengertian
bahawa, istilah Hadhari merupakan unsur pembeza dengan fundamental, liberal dan
sebagainya. Manakala perkataan Islam
dalam istilah universiti Islam hanya
sebagai unsur penerang atau unsur pembeza, dan yang diterangkan ialah
universiti. Istilah ini tidak menjadi masalah kerana perkataan Islam menjadi unsur yang menekankan
bahawa universiti itu berasaskan nilai-nilai Islam. Jika ada istilah universiti Kristian, ia tidak memberikan
kesan perpecahan kepada agama Islam kerana ia tidak ada kaitan dengan Islam.
Begitu juga dengan istilah linguistik
Islam kerana perkataan Islam yang dirangkaikan dengan perkataan linguistik
sebagai satu keperluan untuk menentang sekularisasi ilmu bahasa. Begitu juga dengan istilah-istilah lain,
seperti sastera Islam, negara Islam, pemakanan Islam, pemikiran Islam dan
sebagainya (melainkan istilah Teori Islam). Islam
dalam dalam istilah-istilah tersebut hanya sebagai penerang sifat kepada inti
yang diterangkan.
Kesimpulannya ialah Istilah atau perkataan Islam perlu kekal sebagai satu istilah yang kukuh dari segi maksud
dan nilai sepanjang zaman (hingga kiamat). Ia tidak perlu dirangkaikan dengan
perkataan-perkataan lain yang boleh memecahkan Islam itu kepada beberapa Islam.
No comments:
Post a Comment