Friday, 28 August 2015

HORMATI PENCERAMAH/PENSYARAH WALAUPUN MEMBOSANKAN


KUIS, 24 Ogos: Dalam sesi pembentangan pelajar yang bertajuk kesantunan, saya agak tertarik dengan soalan pelajar yang bertanya tentang "apakah pendengar perlu menghormati penceramah/pensyarah yang menyampaikan ceramah/kuliah yang membosankan?"


Pelajar itu bijak menjawab dengan mengemukakan sejarah umat Islam, seorang khalifah atau ilmuwan Islam, (Imam al-Ghazli) kalau tidak silap saya. Katanya, Imam al-Ghazali bertanya kepada seorang fakir miskin tentang jantina seekor kinzir, fakir miskin itupun menunjukkan cara-cara untuk melihat jantina kinzir tersebut. 

Selepas 10 tahun, Imam al-Ghazali berjumpa fakir tersebut, dan dia tetap menghormati fakir miskin itu dan menganggapnya sebagai seorang guru, walaupun fakir miskin itu hanya mengajarnya cara-cara menentukan jantina sejenis binatang. 

Maksudnya, pendengar perlu menghormati orang yang bercakap, khususnya mereka yang sedang menyampaikan ilmu pengetahuan. Pada pandangan saya, kalau agak membosankan, janganlah sampai hilang hormat kepada orang yang sedang menyampaikan ilmu tersebut. Sebab belum tentu anda boleh menyampaikan ilmu dengan berkesan di hadapan khalayak. Mungkin juga orang yang menyampaikan ilmu adalah orang baru mengajar. Berikan peluang dan tunjukkan rasa hormat kepada mereka. 

Terima kasih. 




No comments:

Post a Comment